Thursday, 14 February 2013

Ada Style? Layannn !

Assalamualaikum .. 


 Bertemu lagi kita pada waktu yang tidak sama, dan hari yang berlainan. Saya menulis, anda membaca. Kira bertemu atau tidak? Dunia sudah moden, bak iklan Nokia, " Connecting People ". Facebook pula, ada tagline dia? Ah, aku tak tahu. Lupakan. Kalau rasa dunia sudah maju, jadi gunakanlah platform yang sedia ada itu sebaik mungkin. Sebarkan dakwah, sampaikan ilmu, kongsi (share) maklumat .. Tapi, pastikan betul. Kalau salah? Oh, minta maaflah. Harap-harap, orang lain open minded


 Post kali ini, saya tak nak sentuh sangat tentang sukatan Matematik Tambahan, tetapi saya ingin berkongsi sedikit. Kongsi bagaimana caranya untuk study AddMath. Almaklumlah, AddMath ni susah, sangat payah. Lain terus dengan Matematik Moden. Oh ! Tak apalah, perspektif manusia berbeza. 
Tapi, kalau kita fikirkan susah, maka ---- susahlah kita nak dapat. Ingat balik pepatah Melayu, " hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Adnan Sempit pula, " Di mana ada kemahuan, di situ ada highway." Eah, lupalah. Filem Adnan Sempit kan? Maaflah, tak minat sangat filem Melayu. Haha.


Nak berjaya ! Yeah ! Nak berjaya ! Semangatkan diri anda dengan kata-kata semangat. Pujuk diri sendiri, " Aku boleh, ya ! Aku boleh buat ! ". Saya ingin isytiharkan di sini, saya merupakan peminat Anime. Haha. Tengok pun tengok juga, tapi kena pertimbangkanlah pro dan cons sesuatu cerita tu. Kartun Jepun atau lebih famous dengan Anime, banyak memberi pengajaran sebenarnya. Nilai persahabatan, kasih sayang, tak mudah putus asa. Oh, aku lari topik. Ok, pokoknya, kita perlu ada satu motivasi dalam diri kita. Motivasi itu awalnya perlu datang daripada diri sendiri. Kita semua hidup dengan tekanan. Percaya atau tidak? Buktinya, kalau hujung minggu, anda semua pergi tak ke sekolah kalau tiada urusan? Tentunya tidak ! 
Kalau hari bersekolah pula, kita pastinya pergi sekolah. Sebab ibu bapa paksa, lagi .. kalau tak pergi, nanti cikgu disiplin marah. Haa, nampak tak tekanan hidup kita? 

Jadi, tekan diri anda dengan tekanan yang anda dapat terima ! Macam spring la, tekan pun tekan jugak, tapi ada hadnya. Motivasi, tekanan, paksaan. Oh, kita semua perlukan mereka itu. 


----------------------- 

Ok, kembali kepada tujuan asal. Jauh betul larinya. Bagaimanakah caranya untuk mengulang kaji Matematik Tambahan? Jen jen jen. Ada style masing-masing tak? Jadi, apa salahnya gunakan style anda yang tersendiri untuk mengulang kaji .... Dengan syarat ! Dengan syarat, anda tidak melayan nafsu malas, nafsu pemalas, dan nafsu yang memalaskan. 

Saya ambil contoh diri saya. Saya suka study dengan menggunakan buku teks. Baca, haaaha ! Bukan baca jugak, tapi perhatikan jalan kira yang termaktub dalam buku teks tersebut. Lepas rasa macam faham, ambil satu soalan dan cuba jawab. Kalau dapat jawapan, oh rasa macam Alhamdulillah ! Tapi, kalau tak dapat, rasa tertekan dan sebab tekanan itulah membuatkan rasa ingin cari lagi jawapan sampai dapat. 

Tak nak guna buku teks? Banyak lagi buku lain. Buku rujukan, buku soalan, buku latihan dan lain-lain. Tapi, bagi saya sendiri, buku teks lebih bagus penerangannya. Lebih jelas. Sesuai gituuuu. 

My favourite books. Huhu. 
--------------------- 

Nak ingat formula bagaimana? 

1. Hafal
2. Hafaz
3.  ...... 

Haha, apa lagi kalau bukan buat latihan. Setakat hafal, apa nak jadi. Hafal tu hafal jugak. Tapi, lebih baik buat latihan banyak. Bukan semua formula disediakan dalam peperiksaan. Walaupun formula itu telah ada sekalipun, apa salahnya kalau anda ingat. Tak gitu? Pepatah Arab ada berbunyi, " Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah, awan tanpa hujan ". Kita duk main hafal terus, tapi latihannya takde. Macam mana? Apa yang akan terjadi? Pastinya kita tak tahu bila masa yang sesuai untuk gunakan formula itu. 

Ilmu - Teori .. Amal - Praktikal. Teori + Praktikal = Walla !  Ini baru betul. Hafal + Latihan, insyaAllah menjadi. Terpulanglah, nak hafal ke apa ke. Yang penting, tahu bila nak guna formula dan tahu formula mana yang kena guna. 

---------------------

Macam mana nak conquer semua tajuk? 

Hurmm, susah juga ni. Tapi, kalau mengikut pemerhatian saya, soalan Addmath keluar style sama je tiap-tiap tahun. Sebagai contohnya, Bahagian C. Pilih la dua tajuk yang paling kita boleh skor. Bagi saya, tajuk Penyelesaian Segitiga dan Gerakan lebih mudah. Tapi, kalau nak jawab tajuk Gerakan sepanjang Garis Lurus, kemahiran kalkulus perlu ada. Jadi, lebih baik jawab Pemprogramman Linear. Ah, pilih sahaja sendiri. Dua sahaja dah cukup. 

Bagi bahagian B, fokus kepada tajuk Hukum Linear, Sukatan Membulat dan Taburan Kebarangkalian. InsyaAllah, dapat skor. 

Tapi, kalau betul-betul nak tawan semua tajuk, perlukan pengorbanan. Pengorbanan masa la paling banyak diperlukan. Tiap-tiap hari, fokus satu tajuk. Ambil masa seminggu. Buat satu target. Satu minggu, satu topik ! Aha ! Style masing-masing. Yang pasti, satu minggu satu topik bukan style saya. Haha.

Playing with Algebra. 

----------------------- 
Banyak lagi alternatif lain. Style sendiri kan? Orang lain tak dapat ubah diri kita selagi kita tak nak ubah diri sendiri. Sebab itu, buat apa-apapun, kena mula dengan diri sendiri dulu. Fokuskan satu target. Nak A+ ke, nak B+ atau mana-mana grade lah. Terpulanglah. 

Usaha, Ikhtiar -- Tawakkal kepada Allah Taala. Insya-Allah, berjaya :) Kalau tak berjaya, itu tandanya Allah nak uji kita percaya kepada Dia atau tidak. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Thursday, 7 February 2013

Cosine Rule

Assalamualaikum .. 

Oh, sekian lama tidak mengupdate blog. Lama sungguh. Agak sibuk kebelakangan ini. Program banyak. Banyak sangat-sangat. Ah, lupakan tentang saya. Kita fokus tajuk kita, Petua Kosinus atau Cosine Rule

Recall tajuk Sine Rule. Untuk menggunakan Petua Sinus, beberapa kriteria perlu dipenuhi. 
1. Dua sisi dan satu sudut bukan kandung diberi,
2. Dua sudut dan satu sisi diberi. 

Bagi petua Kosinus, lain syaratnya. Macam nak masuk Universiti lah. Nak masuk U1 kena penuhkan syarat ini ini, nak masuk U2 kena penuhkan syarat itu itu. Haa, Matematik pun sama. Nak guna satu-satu formula, syarat itu perlu dipenuhi terlebih dahulu. 

Syarat menggunakan petua Kosinus : 
1. Dua sisi dan satu sudut kandung diberi,
2. Ketiga-tiga sisi diberi. 

Bagaimana rupanya sudut kandung? Ini dia ... 

Garisan biru merupakan garisan yang diberi nilai panjangnya. Garisan merah pula tidak diketahui nilainya. Sudut hitam merupakan sudut yang diberi. Maka, sudut itu dikenali sebagai sudut kandung kerana ia dikandung oleh dua sisi yang diketahui nilainya. Bereh?

Rumusnya ialah : (Rumus diberi dalam exam, jangan rungsing boh !)
Pilih salah satu sahaja, saya suka gunakan yang atas sekali. Huruf kecil mewakili panjang garisan, huruf besar mewakili nilai bagi sudut. Garisan a akan bertentangan dengan sudut A, garisan b akan berlawanan dengan sudut B dan begitulah sebaliknya.

Apabila menjawab soalan daripada tajuk ini, perkara pertama perlu dikenal pasti ialah Petua manakah perlu digunakan, sama ada Sinus atau Kosinus. Rujuk syarat yang telah ditetapkan. 
Bagi kes ini, dua sisi diberi dan satu sudut kandung diberi. Maka, Petua Kosinus perlu digunakan. 

Kedua, kenal pasti garis yang bertentangan dengan sudut yang digunakan. Jika gunakan sudut A (50), maka garis yang berlawanan dengannya ialah CB. 


Ingat kembali formula. Huruf kecil untuk panjang sisi, huruf besar untuk sudut. Ok. Itu bagi kes dua sisi dan satu sudut kandung diberi. Seterusnya, kita tengok jika ketiga-tiga sisi diberi. 

Perkara pertama - Kenal pasti formula yang perlu digunakan. Bagi kes ini, kesemua sisi diberi, bermakna Pertua Kosinus boleh dan mesti digunakan. Bagi nilai a, b dan c, terpulang atas anda ingin meletakkan sisi yang mana. Tapi, perlu diingatkan, contohnya jika anda mengambil a = 7 cm, maka sudutnya pasti ∠CBA kan? Soalan inginkan sudut ∠BAC, maka nilai a mestilah 6 cm (garisan CB). 

Sekian sahaja. Ada soalan tanya. Hoho. Kenal pasti sama ada petua Sinus atau Kosinus yang perlu digunakan. Bezakan. Ingat syarat-syarat. Next, mencari luas bagi segitiga.