Thursday 7 February 2013

Cosine Rule

Assalamualaikum .. 

Oh, sekian lama tidak mengupdate blog. Lama sungguh. Agak sibuk kebelakangan ini. Program banyak. Banyak sangat-sangat. Ah, lupakan tentang saya. Kita fokus tajuk kita, Petua Kosinus atau Cosine Rule

Recall tajuk Sine Rule. Untuk menggunakan Petua Sinus, beberapa kriteria perlu dipenuhi. 
1. Dua sisi dan satu sudut bukan kandung diberi,
2. Dua sudut dan satu sisi diberi. 

Bagi petua Kosinus, lain syaratnya. Macam nak masuk Universiti lah. Nak masuk U1 kena penuhkan syarat ini ini, nak masuk U2 kena penuhkan syarat itu itu. Haa, Matematik pun sama. Nak guna satu-satu formula, syarat itu perlu dipenuhi terlebih dahulu. 

Syarat menggunakan petua Kosinus : 
1. Dua sisi dan satu sudut kandung diberi,
2. Ketiga-tiga sisi diberi. 

Bagaimana rupanya sudut kandung? Ini dia ... 

Garisan biru merupakan garisan yang diberi nilai panjangnya. Garisan merah pula tidak diketahui nilainya. Sudut hitam merupakan sudut yang diberi. Maka, sudut itu dikenali sebagai sudut kandung kerana ia dikandung oleh dua sisi yang diketahui nilainya. Bereh?

Rumusnya ialah : (Rumus diberi dalam exam, jangan rungsing boh !)
Pilih salah satu sahaja, saya suka gunakan yang atas sekali. Huruf kecil mewakili panjang garisan, huruf besar mewakili nilai bagi sudut. Garisan a akan bertentangan dengan sudut A, garisan b akan berlawanan dengan sudut B dan begitulah sebaliknya.

Apabila menjawab soalan daripada tajuk ini, perkara pertama perlu dikenal pasti ialah Petua manakah perlu digunakan, sama ada Sinus atau Kosinus. Rujuk syarat yang telah ditetapkan. 
Bagi kes ini, dua sisi diberi dan satu sudut kandung diberi. Maka, Petua Kosinus perlu digunakan. 

Kedua, kenal pasti garis yang bertentangan dengan sudut yang digunakan. Jika gunakan sudut A (50), maka garis yang berlawanan dengannya ialah CB. 


Ingat kembali formula. Huruf kecil untuk panjang sisi, huruf besar untuk sudut. Ok. Itu bagi kes dua sisi dan satu sudut kandung diberi. Seterusnya, kita tengok jika ketiga-tiga sisi diberi. 

Perkara pertama - Kenal pasti formula yang perlu digunakan. Bagi kes ini, kesemua sisi diberi, bermakna Pertua Kosinus boleh dan mesti digunakan. Bagi nilai a, b dan c, terpulang atas anda ingin meletakkan sisi yang mana. Tapi, perlu diingatkan, contohnya jika anda mengambil a = 7 cm, maka sudutnya pasti ∠CBA kan? Soalan inginkan sudut ∠BAC, maka nilai a mestilah 6 cm (garisan CB). 

Sekian sahaja. Ada soalan tanya. Hoho. Kenal pasti sama ada petua Sinus atau Kosinus yang perlu digunakan. Bezakan. Ingat syarat-syarat. Next, mencari luas bagi segitiga. 


4 comments:

  1. Assalamualaikum
    Saya dah tekan kat kalkulator cos^-1 0.746 tapi kenapa saya dapat 0.728761122 😅

    ReplyDelete

Ada pertanyaan? Ada simbol-simbol tertentu yang diperlukan? Jangan risau, cuba lihat di bahagian 'gadget' simbol yang telah saya sediakan.

Saya akan jawab soalan anda selagi boleh :)

Fungsi Gubahan - Mencari Salah Satu Fungsi dalam Fungsi Gubahan

Assalamualaikum.  Topik ini saya dah pernah muat naik 11 tahun yang lalu. Ketika itu, saya masih muda remaja. Belum masuk universiti. Jadi, ...