Posts

Showing posts with the label Fungsi Kuadratik

Ketaksamaan Kuadratik

Image
Assalamualaikum ..  Andaikan anda seorang manusia yang mempunyai jawatan yang agak besar , rumah besar , pokoknya, segala-galanya besar . Agak-agaknya, di manakah kedudukan anda? Pastinya di atas bukan? Andaikan lagi, anda seorang yang lemah, kecil jasadnya, kecil pendapatannya, sungguh sedih bukan? Jadi, di manakah tempat anda sekarang? Saya agak, kedudukan anda akan berada di bawah . Berbalik kepada tajuk asal, Ketaksamaan Kuadratik atau Quadratic Inequalities . Cuba recall  balik pelajaran Matematik semasa tingkatan 3, bab 12 : Linear Inequalities  / Ketaksamaan Linear. Dalam tajuk ini, kita banyak mendengar istilah lebih besar , lebih kecil , lebih besar dan sama dengan , dan l ebih kecil dan sama dengan . Masih ingat kan? Ok, dalam tajuk ini juga, perkara yang sama kita akan belajar. Tapi, kita akan libatkan lakaran graf dalam tajuk ini.  Review  balik :  > - Lebih besar < - Lebih kecil  ≥ - Lebih besar dan sama...

Bab 3 : Fungsi Kuadratik

Image
Assalamualaikum ..  Apakah fungsi kuadratik? Fungsi itu apa? Haa, kalau nak tahu apa itu fungsi, silakan rujuk tajuk fungsi. Secara umumnya, saya mengklasifikasikan fungsi sebagai hubungan yang berakhlak mulia. Haha. Fungsi hanya ikut satu jalan sahaja. Tujuan dia memang istiqamah. Kalau nak belajar macam mana nak konsisten dalam hidup, kena belajar dengan Abang Fungsi mungkin. Haha. Ok, lupakan. Teruskan kepada fungsi kuadratik. Bentuk am fungsi kuadratik ialah :  a , b , dan c merupakan pemalar. x  pula merupakan pembolehubah. Kuasa tertinggi bagi persamaan kuadratik ialah 2. Jika kita memplot graf bagi persamaan kuadratik, bentuk yang akan kita peroleh ialah bentuk parabola. Parabola? Hurm, tengok gambar saja. Mesti faham :)  Parabolic Graph Jika pekali bagi  x 2 , iaitu a  > 0 , maka graf bagi fungsi kuadratik tersebut mempunyai nilai minimum dan bentuknya ialah  ∪ .  Jika pekali bagi  x 2 , iaitu a < 0 , m...