Cosine Rule
Assalamualaikum .. Oh, sekian lama tidak mengupdate blog. Lama sungguh. Agak sibuk kebelakangan ini. Program banyak. Banyak sangat-sangat. Ah, lupakan tentang saya. Kita fokus tajuk kita, Petua Kosinus atau Cosine Rule . Recall tajuk Sine Rule . Untuk menggunakan Petua Sinus, beberapa kriteria perlu dipenuhi. 1. Dua sisi dan satu sudut bukan kandung diberi, 2. Dua sudut dan satu sisi diberi. Bagi petua Kosinus, lain syaratnya. Macam nak masuk Universiti lah. Nak masuk U1 kena penuhkan syarat ini ini, nak masuk U2 kena penuhkan syarat itu itu. Haa, Matematik pun sama. Nak guna satu-satu formula, syarat itu perlu dipenuhi terlebih dahulu. Syarat menggunakan petua Kosinus : 1. Dua sisi dan satu sudut kandung diberi, 2. Ketiga-tiga sisi diberi. Bagaimana rupanya sudut kandung? Ini dia ... Garisan biru merupakan garisan yang diberi nilai panjangnya. Garisan merah pula tidak diketahui nilainya. Sudut hitam m...