Posts

Showing posts with the label Indeks dan Logaritma

Surd - Hukum Asas dan Teknik Mempermudah

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Surd merupakan subtopik tambahan dalam Bab 4 yang mempunyai perkaitan dengan Indeks dan Logaritma. Apa yang menarik dalam bab ini ialah jalan pengiraan surd * seolah-olah * dilakukan hanya separuh jalan. Kenapa? Kerana penggunaan surd adalah bertujuan untuk memudahkan jalan pengiraan secara congak tanpa melibatkan kalkulator.  Dalam mempelajari bab ini, pelajar perlu menyiapkan diri dengan hafalan sifir dan penguasaan teknik pemfaktoran yang bagus. Kemahiran ini akan membantu pelajar dalam menyelesaikan persamaan yang mengandungi sebutan surd. *insert photo* 1.1 Apa itu Surd?  Surd boleh ditakrifkan sebagai nombor dalam bentuk punca kuasa. Dalam buku teks Matematik Tambahan Ting 4 (Pan Asia Publications, 2019), terminologi surd juga ditulis dengan "simbol radikal".  Punca kuasa bagi surd pula bermula daripada dua (punca kuasa dua) dan pelajar peringkat SPM hanya akan mempelajari surd berkuasa dua sahaja. Jadi, jangan risau! 1.2 K...

Persamaan Indeks dan Logaritma

Image
Assalamualaikum .. Adakah Indeks dan Log mempunyai persamaan? Bukan begitu maksud 'persamaan' pada tajuk kita kali. Tapi, maksud persamaan ialah dua ungkapan dihubungkan dengan tanda sama dengan ( = ). Gitu dongg.  Contoh ungkapan : x  + 4, 6, y - 7. Ini dipanggil ungkapan. Jika persamaan pula : x  + 4 = 5. Ini baru dipanggil satu persamaan.  Ok, soalan persamaan Indeks dan Logaritma merupakan soalan yang agak femes dalam kertas 1 Matematik Tambahan SPM. Pernah satu tahun, soalan log muncul dalam Kertas 2 - 2011.  Apa yang diperlukan seorang pelajar semasa mengendalikan masalah penyelesaian persamaan ini ialah : 1. Kemahiran pemfaktoran 2. Mahir dengan hukum indeks/logaritma 3. Mahir menukarkan dari indeks kepada log dan sebaliknya.  4. Penukaran asas bagi logaritma. Kemahiran pemfaktoran biasanya diperlukan semasa menjawab soalan persamaan indeks. Kita teruskan kepada contoh :  Berikut merupakan langkah-langkah ...

Indeks dan Logaritma

Image
Assalamualaikum ..  Sekian lama tidak meng- update blog. Buzy , buzy sungguh. Exam semakin mendatang. Tidak sampai sebulan lagi. Ok, lupakan kisah ini. Teruskan dengan kisah cinta antara Indeks dan Logaritma yang terjalin sejak sekian lama setelah John Napier mengasaskan Logaritma.  Indeks pada pemahaman umum : Mendarabkan nombor atau algebra yang sama banyak banyak banyak kali. Kalau sekali pun dah jadi. Hehe.  Sebarang nombor atau algebra yang sama jika didarabkan, boleh ditulis dalam bentuk tatatanda indeks. It looks something like this ... Jen jen jen ..  Nota : Makhluk-makhluk yang berwarna merah itu dipanggil indeks . Nombor 4 didarabkan dengan nombor 4 sebanyak lima kali, maka tatatanda indeksnya ialah 4^5 (4 kuasa 5). 4 , b , dan ( m  + n ) dikenali sebagai asas. Sudah faham mungkin ...? Bagus.  Indeks juga boleh menjadi suatu pecahan. Ia dinamakan sebagai Indeks Pecahan. Nilai pengangka (sebelah atas) akan menja...