Posts

Showing posts with the label fungsi songsang

Sifat Fungsi Songsang dalam Fungsi Gubahan (Inversed Function in Composite Form)

Image
Assalamualaikum. Dalam post ini, kita akan melihat ciri-ciri fungsi songsang dalam bentuk fungsi gubahan. Let's go! Dalam post saya yang terdahulu, saya telah sentuh sedikit mengenai sifat fungsi songsang apabila digubah bersama fungsi asalnya. Hasilnya, fungsi gubahan ini akan terhapus dan meninggalkan objek sendiri; objek = imej. Rujuk:   Garis Pantulan Pada Fungsi Soalan di atas merupakan contoh bagaimana untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan fungsi songsang vs fungsi gubahan. Soalan (1): Cari kh ( x ) Bagi menyelesaikan soalan ini, anda hanya perlu menggunakan kemahiran menggubah fungsi iaitu dengan memasukkan fungsi  h ( x ) ke dalam fungsi k. Dalam kes ini, fungsi  h ( x )   ialah objek bagi fungsi k . Penyelesaian:  Daripada fungsi gubahan  kh ( x ), dapat diperhatikan bahawa nilai objek (yang berada dalam kurungan) adalah sama seperti nilai imej (yang berada selepas simbol '='). Ini merupakan pembuktian secara tidak langsung bahawa fungsi...

Garis Pantulan pada Fungsi (Tingkatan 4, Bab 1)

Image
 Assalamualaikum.  Hari ini kita akan cuba melihat bagaimana garis pantulan pada satah Cartesan akan mempengaruhi hubungan sesuatu fungsi. Perkara pertama yang perlu diingatkan, garis pantulan yang mempunyai persamaan y = x atau f ( x ) = x akan membentuk fungsi songsangan kepada sesuatu fungsi pada graf.  Dalam gambar rajah di atas, fungsi f ( x ) = x merupakan garis yang melintasi satah Cartesan secara pepenjuru (diagonally).  Mana-mana fungsi yang dipantulkan pada garis ini, akan membentuk fungsi songsang. Rujuk kepada gambar rajah di atas.  Apabila fungsi f ( x ) = √(2 x -3) dipantulkan pada garis f ( x ) = x , fungsi g ( x ) akan terbentuk. Disebabkan oleh pembentukan fungsi g ( x ) terhasil melalui pantulan, maka g ( x ) ialah fungsi songsang kepada f ( x ). Jika anda merujuk kepada fungsi g ( x ), maka fungsi yang terhasil daripada pantulan tersebut ialah f ( x ). Maka fungsi f ( x ) juga merupakan fungsi songsang kepada fungsi g ( x ). Soalan (1...