Posts

Showing posts with the label Janjang

SPM Qs #1 : Geometric Progressions

Image
Assalamualaikum ..  Saya bercadang untuk datangkan contoh berdasarkan soalan-soalan SPM. Mungkin lebih baik. Lebih menepati standard (Y). Haha.  Bagi post  kali ini, saya ingin memaparkan soalan daripada subtopik Geometric Progressions .  SPM 2008 : Ingat kembali rumus. Melalui rumus, kita dapat mengetahui maklumat/info/perkara apakah yang patut kita kumpul. Ada satu lagi cara. Cuba cari? Haaa. Kaitkan setiap satu hubungan tersebut. Insya-Allah, dapat cara alternatif satu lagi. Kalau Janjang Geometri/ Geometric Progressions , kita nak dapatkan nilai yang seterusnya, kita perlu darab. Jika terbalikkan proses darab, tentunya jadi bahagi. Bukahkah begitu? Saya akan kenalkan satu segitiga untuk anda semua. Ok, tak faham? Macam mana nak guna? Haa,, mudah sahaja.  Jika kita ingin mencari D , maka tutup huruf D . Yang tinggal hanya huruf B dan r , B dan r bersebelahan. Maka, kita perlu darab jika B berada di tep...

Janjang Geometri

Image
Assalamualaikum ..    Indeks merupakan satu janjang geometri? Percaya atau tidak? Percayalahhhh! Haha. Indeks ialah satu contoh bagi janjang geometri kerana nisbah sepunya baginya adalah sama setiap masa.  Janjang geometri ialah jujukan nombor yang diperoleh dengan mendarabkan sebutan sebelum dengan nisbah sepunya untuk mendapatkan sebutan selepas. Contohnya, andaikan nisbah sepunya ialah 2. T1 atau a  ialah 3. Maka, untuk mendapatkan T2 = T1 (darab) 2 , T2 = 3 (darab) 2 = 6 .. Dan seterusnya. Nisbah sepunya pula boleh diperoleh jika dua sebutan yang berturutan diberi, rumusnya :  Dalam kata lain, sebutan selepas (bahagi) sebutan sebelum = nisbah sepunya Contoh : Tiga sebutan pertama bagi janjang geometri ialah 4, 20, 100, ... Cari nisbah sepunya.  Ambil selepas (bahagi) sebelum. r  = 100/20 atau 20/4 r  = 5 Sebutan ke-n bagi Janjang Geometri  :  Untuk satu-satu sebutan dalam janjang geometri, sebutan...

Bab 1 : Janjang

Image
Assalamualaikum ..    Janjang atau dikenali sebagai Progressions  dalam bahasa Inggeris, merupakan satu jujukan nombor yang memenuhi syarat tertentu. Terdapat dua jenis janjang yang akan kita pelajari :  1. Janjang Aritmetik - Arithmetic Progressions (AP) 2. Janjang Geometri - Geometric Progressions (GP) AP merupakan suatu jujukan nombor yang mempunyai beza yang sepunya ( common difference ).  Sebagai contoh : 1, 3, 5, 7, ... merupakan satu jujukan nombor dengan beza sepunya 2.  GP pula ialah satu jujukan nombor yang mempunyai nisbah yang sepunya ( common ratio ).  Contoh : 4, 16, 64, 256, ... merupakan satu jujukan nombor dengan nisbah sepunya 4.  Jom kita teruskan kepada Janjang Aritmetik.  Terdapat dua keadaan bagi Janjang Aritmetik : 1. Jika beza sepunya positif, sebutan akan berterusan hingga ketakterhinggan yang positif 2. Jika beza sepunya negatif, sebutan akan berterusan hingga ketakterhinggan yang n...