Assalamualaikum ..
Saya bercadang untuk datangkan contoh berdasarkan soalan-soalan SPM. Mungkin lebih baik. Lebih menepati standard (Y). Haha.
Bagi post kali ini, saya ingin memaparkan soalan daripada subtopik Geometric Progressions.
SPM 2008 :
Ingat kembali rumus. Melalui rumus, kita dapat mengetahui maklumat/info/perkara apakah yang patut kita kumpul. Ada satu lagi cara. Cuba cari? Haaa. Kaitkan setiap satu hubungan tersebut. Insya-Allah, dapat cara alternatif satu lagi.
Kalau Janjang Geometri/Geometric Progressions, kita nak dapatkan nilai yang seterusnya, kita perlu darab. Jika terbalikkan proses darab, tentunya jadi bahagi. Bukahkah begitu? Saya akan kenalkan satu segitiga untuk anda semua.
Ingat kembali rumus. Melalui rumus, kita dapat mengetahui maklumat/info/perkara apakah yang patut kita kumpul. Ada satu lagi cara. Cuba cari? Haaa. Kaitkan setiap satu hubungan tersebut. Insya-Allah, dapat cara alternatif satu lagi.
Kalau Janjang Geometri/Geometric Progressions, kita nak dapatkan nilai yang seterusnya, kita perlu darab. Jika terbalikkan proses darab, tentunya jadi bahagi. Bukahkah begitu? Saya akan kenalkan satu segitiga untuk anda semua.
Ok, tak faham? Macam mana nak guna? Haa,, mudah sahaja.
Jika kita ingin mencari D, maka tutup huruf D. Yang tinggal hanya huruf B dan r, B dan r bersebelahan. Maka, kita perlu darab jika B berada di tepi r.
Mudah bukan? Bagaimana pula jika ingin mencari B? Haa, cara yang sama. Tutup pula huruf B.
Apabila B ditutup, tinggal huruf D dan r. D berada di atas r, maka maksudnya ialah D (bahagi) r.
Aiyooo, mudah bukan? Hahaha, seandainya tertukarlah. Boleh digunakan cara ini. Kalau nak belajar, buat cara sendiri. Insya-Allah, kita akan lebih mengingati cara yang kita reka cipta sendiri. Yang penting, betul. Kalau nak cari r, tutup huruf r dan tinggal D dan B. D berada di atas B, maka D (bahagi) B.
Ok, boleh kita teruskan kepada soalan yang seterusnya? Jom!
SPM 2009 :
x ialah sebutan di belakang, maka tutup huruf B. Bagi soalan b, jika tidak mengetahui cara menggunakan formula, cara manual boleh digunakan. Boleh digunakan. Tambah satu persatu setiap sebutan. Dari sebutan keempat hingga kesembilan.
T4 hingga T9 = 24, 48, 96, 192, 384, 768 ..... Sebutan diperoleh dengan mendarabkan setiap sebutan dengan 2. Nak cari D, tutup huruf D. Jadi, B (darab) r.
24 + 48 + 96 + 192 + 384 + 768 = 1512. Jawapan yang diperoleh sama. Jadi, cara ini juga boleh digunakan. Ini merupakan cara alternatif.
Jom kita teruskan kepada SPM 2010 :
Nak cari r buat macam mana dah tadi? Tutup huruf r, dan tinggal huruf D dan B. Mudah bukan?
Bagi jawapan b, buat seperti biasa. Pastikan anda mengambil rumus yang betul. Rumus yang betul. Jika ketakterhinggaan, ambil rumus ketakterhinggaan. Lepas tu, pindah pindah pindah seperti biasa. Jadikan x sebagai perkara rumus.
Ok, itu sahaja mungkin untuk post kali ini. Jika ada soalan, boleh tanya :) Insya-Allah, saya akan menjawabnya. Waallahu a'alam.
No comments:
Post a Comment
Ada pertanyaan? Ada simbol-simbol tertentu yang diperlukan? Jangan risau, cuba lihat di bahagian 'gadget' simbol yang telah saya sediakan.
Saya akan jawab soalan anda selagi boleh :)