Posts

Showing posts with the label Matematik Tambahan

Garis Pantulan pada Fungsi (Tingkatan 4, Bab 1)

Image
 Assalamualaikum.  Hari ini kita akan cuba melihat bagaimana garis pantulan pada satah Cartesan akan mempengaruhi hubungan sesuatu fungsi. Perkara pertama yang perlu diingatkan, garis pantulan yang mempunyai persamaan y = x atau f ( x ) = x akan membentuk fungsi songsangan kepada sesuatu fungsi pada graf.  Dalam gambar rajah di atas, fungsi f ( x ) = x merupakan garis yang melintasi satah Cartesan secara pepenjuru (diagonally).  Mana-mana fungsi yang dipantulkan pada garis ini, akan membentuk fungsi songsang. Rujuk kepada gambar rajah di atas.  Apabila fungsi f ( x ) = √(2 x -3) dipantulkan pada garis f ( x ) = x , fungsi g ( x ) akan terbentuk. Disebabkan oleh pembentukan fungsi g ( x ) terhasil melalui pantulan, maka g ( x ) ialah fungsi songsang kepada f ( x ). Jika anda merujuk kepada fungsi g ( x ), maka fungsi yang terhasil daripada pantulan tersebut ialah f ( x ). Maka fungsi f ( x ) juga merupakan fungsi songsang kepada fungsi g ( x ). Soalan (1...

Surd - Hukum Asas dan Teknik Mempermudah

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Surd merupakan subtopik tambahan dalam Bab 4 yang mempunyai perkaitan dengan Indeks dan Logaritma. Apa yang menarik dalam bab ini ialah jalan pengiraan surd * seolah-olah * dilakukan hanya separuh jalan. Kenapa? Kerana penggunaan surd adalah bertujuan untuk memudahkan jalan pengiraan secara congak tanpa melibatkan kalkulator.  Dalam mempelajari bab ini, pelajar perlu menyiapkan diri dengan hafalan sifir dan penguasaan teknik pemfaktoran yang bagus. Kemahiran ini akan membantu pelajar dalam menyelesaikan persamaan yang mengandungi sebutan surd. *insert photo* 1.1 Apa itu Surd?  Surd boleh ditakrifkan sebagai nombor dalam bentuk punca kuasa. Dalam buku teks Matematik Tambahan Ting 4 (Pan Asia Publications, 2019), terminologi surd juga ditulis dengan "simbol radikal".  Punca kuasa bagi surd pula bermula daripada dua (punca kuasa dua) dan pelajar peringkat SPM hanya akan mempelajari surd berkuasa dua sahaja. Jadi, jangan risau! 1.2 K...