Sunday, 29 September 2013

Indeks dan Logaritma

Assalamualaikum .. 


Sekian lama tidak meng-update blog. Buzy, buzy sungguh. Exam semakin mendatang. Tidak sampai sebulan lagi. Ok, lupakan kisah ini. Teruskan dengan kisah cinta antara Indeks dan Logaritma yang terjalin sejak sekian lama setelah John Napier mengasaskan Logaritma. 

Indeks pada pemahaman umum : Mendarabkan nombor atau algebra yang sama banyak banyak banyak kali. Kalau sekali pun dah jadi. Hehe. 

Sebarang nombor atau algebra yang sama jika didarabkan, boleh ditulis dalam bentuk tatatanda indeks. It looks something like this ... Jen jen jen .. 

Nota : Makhluk-makhluk yang berwarna merah itu dipanggil indeks.

Nombor 4 didarabkan dengan nombor 4 sebanyak lima kali, maka tatatanda indeksnya ialah 4^5 (4 kuasa 5). 4, b, dan (m + n) dikenali sebagai asas.

Sudah faham mungkin ...? Bagus. 

Indeks juga boleh menjadi suatu pecahan. Ia dinamakan sebagai Indeks Pecahan. Nilai pengangka (sebelah atas) akan menjadi kuasa, manakala nilai penyebut (sebelah bawah) akan menjadi punca kuasa.

Nota : Hijau untuk pengangka (kuasa), merah untuk penyebut (punca kuasa).

Kita bergerak ke destinasi seterusnya ... Hukum Indeks : 

Syarat bagi hukum pertama dan kedua : Nilai asas mestilah sama, barulah operasi penambahan dan penolakan indeks dapat dilakukan. 

Hukum-hukum ini sangat penting apabila ingin meringkaskan sesuatu persamaan indeks. Contohnya :  
Berwarna lagi tu. Hampir kesemua hukum telah diaplikasikan dalam persamaan ini. Perhatikan bagaimana setiap berjalan dalam persamaan tersebut. Cuba kaji baik-baik. Nanti fahamla tuu. Yang bahagi tukar jadi tolak, yang darab tukar jadi tambah. Simple bukan? Syaratnya, asas mestilah sama.

Habis tajuk Indeks, buat masa sekarang. Nanti kita sambung lagi. Kita teruskan dengan Logaritma. 

Logaritma pada asasnya ialah : Proses pembalikan indeks - dengan cara menukarkan asas indeks menjadi asas logaritma. Kita tengok contoh yee .. 

 Nota : Bagi persamaan indeks - merah itu asas, biru itu nilai indeks, pink itu jawapan kepada indeks. 
            Bagi persamaan log - merah itu tetap asas, biru itu jawapan, pink menjadi nilai log. 

Nampak perbezaannya? Apa yang penting, bukan kerjasama .. tapi pastikan asas indeks dan asas log itu sama! Kalau tak sama, salah laa tu. Haha. Beres!

Hukum indeks - lebih kurang jee dengan indeks punya hukum.

 Syarat untuk persamaan pertama dan kedua : Asas mestilah SAMA ! Warna merah itu asas yee. 
Darab jadi tambah, bahagi jadi tolak. Tambah jadi darab, tolak jadi bahagi. Akaskan sahaja.
Kalau kuasa? Pindahkan kuasa pergi hadapan log

Pesanan ikhlas : Nilai log mestilah sentiasa positif. Log tidak menerima sebarang nombor negatif untuk berdamping dengannya. Jadi, sentiasa positifkan minda anda!

Tambahan : Log juga tidak menerima sifar. Tidak tertakrif jika nilai log ialah sifar. 

Jika asas sama dengan nilai log .............? 

Jawapan jadi sama dengan satu laaa! Mudah bukan ..? 

Jom kita ringkaskan persamaan logaritma : 

Tambah jadi darab, tolak jadi bahagi. Ini bagi soalan permudahkan. Kalau soalan persusahkan? Haha. Darab jadi tambah, bahagi jadi darab laaa. Terbalikkannya. Asas sama dengan nilai, jadikan sebagai 1.

Setakat ini sahaja untuk post kali ini. Soalan persamaan akan disambung lain kali. InsyaAllah. 
Semoga dipermudah segala urusan mereka yang membaca blog ini. :)



13 comments:

  1. Saya nk tegur sikit pasal yang akhir sekali ada kesilapan sikit..

    Tambah jadi darab, tolak jadi bahagi. Ini bagi soalan permudahkan. Kalau soalan persusahkan? Haha. *""Darab jadi tambah, bahagi jadi darab laaa."" Terbalikkannya. Asas sama dengan nilai, jadikan sebagai 1.

    sepatutnya" Darab jadi tambah, bahagi jadi tolak.."

    Manusia sentiasa membuat kesilapan..

    Semua yg saya baca membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang math tambah.. Terima Kasih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia boleh songsang..
      Darab jadi tambah, tambah jadi dadab. Bahagi jadi tolak, tolak jadi bahagi..

      Delete
  2. Cantik mannnn.

    Tq Iove you

    ReplyDelete
  3. Minta izin nk download ilmu ye.. Haha btw thank you for your sharing👍

    ReplyDelete
  4. minta izin utk share terima kasih

    ReplyDelete
  5. Mcm Mana klau soalan mintak tukarkan √32 kpd bentuk a√b ?, Yg mane a Dan b ialah integer, dan a nilai besar yg pling besar

    ReplyDelete
  6. Macam mana kalau 0.00032 [asas 0.2] macam mana nak jawab?

    ReplyDelete
  7. Ntap min, best n senang faham.. thankyou!

    ReplyDelete

Ada pertanyaan? Ada simbol-simbol tertentu yang diperlukan? Jangan risau, cuba lihat di bahagian 'gadget' simbol yang telah saya sediakan.

Saya akan jawab soalan anda selagi boleh :)

Fungsi Gubahan - Mencari Salah Satu Fungsi dalam Fungsi Gubahan

Assalamualaikum.  Topik ini saya dah pernah muat naik 11 tahun yang lalu. Ketika itu, saya masih muda remaja. Belum masuk universiti. Jadi, ...