Assalamualaikum ..
Bertemu lagi kita pada waktu yang tidak sama, dan hari yang berlainan. Saya menulis, anda membaca. Kira bertemu atau tidak? Dunia sudah moden, bak iklan Nokia, " Connecting People ". Facebook pula, ada tagline dia? Ah, aku tak tahu. Lupakan. Kalau rasa dunia sudah maju, jadi gunakanlah platform yang sedia ada itu sebaik mungkin. Sebarkan dakwah, sampaikan ilmu, kongsi (share) maklumat .. Tapi, pastikan betul. Kalau salah? Oh, minta maaflah. Harap-harap, orang lain open minded.
Post kali ini, saya tak nak sentuh sangat tentang sukatan Matematik Tambahan, tetapi saya ingin berkongsi sedikit. Kongsi bagaimana caranya untuk study AddMath. Almaklumlah, AddMath ni susah, sangat payah. Lain terus dengan Matematik Moden. Oh ! Tak apalah, perspektif manusia berbeza.
Tapi, kalau kita fikirkan susah, maka ---- susahlah kita nak dapat. Ingat balik pepatah Melayu, " hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Adnan Sempit pula, " Di mana ada kemahuan, di situ ada highway." Eah, lupalah. Filem Adnan Sempit kan? Maaflah, tak minat sangat filem Melayu. Haha.
Nak berjaya ! Yeah ! Nak berjaya ! Semangatkan diri anda dengan kata-kata semangat. Pujuk diri sendiri, " Aku boleh, ya ! Aku boleh buat ! ". Saya ingin isytiharkan di sini, saya merupakan peminat Anime. Haha. Tengok pun tengok juga, tapi kena pertimbangkanlah pro dan cons sesuatu cerita tu. Kartun Jepun atau lebih famous dengan Anime, banyak memberi pengajaran sebenarnya. Nilai persahabatan, kasih sayang, tak mudah putus asa. Oh, aku lari topik. Ok, pokoknya, kita perlu ada satu motivasi dalam diri kita. Motivasi itu awalnya perlu datang daripada diri sendiri. Kita semua hidup dengan tekanan. Percaya atau tidak? Buktinya, kalau hujung minggu, anda semua pergi tak ke sekolah kalau tiada urusan? Tentunya tidak !
Kalau hari bersekolah pula, kita pastinya pergi sekolah. Sebab ibu bapa paksa, lagi .. kalau tak pergi, nanti cikgu disiplin marah. Haa, nampak tak tekanan hidup kita?
Jadi, tekan diri anda dengan tekanan yang anda dapat terima ! Macam spring la, tekan pun tekan jugak, tapi ada hadnya. Motivasi, tekanan, paksaan. Oh, kita semua perlukan mereka itu.
-----------------------
Ok, kembali kepada tujuan asal. Jauh betul larinya. Bagaimanakah caranya untuk mengulang kaji Matematik Tambahan? Jen jen jen. Ada style masing-masing tak? Jadi, apa salahnya gunakan style anda yang tersendiri untuk mengulang kaji .... Dengan syarat ! Dengan syarat, anda tidak melayan nafsu malas, nafsu pemalas, dan nafsu yang memalaskan.
Saya ambil contoh diri saya. Saya suka study dengan menggunakan buku teks. Baca, haaaha ! Bukan baca jugak, tapi perhatikan jalan kira yang termaktub dalam buku teks tersebut. Lepas rasa macam faham, ambil satu soalan dan cuba jawab. Kalau dapat jawapan, oh rasa macam Alhamdulillah ! Tapi, kalau tak dapat, rasa tertekan dan sebab tekanan itulah membuatkan rasa ingin cari lagi jawapan sampai dapat.
Tak nak guna buku teks? Banyak lagi buku lain. Buku rujukan, buku soalan, buku latihan dan lain-lain. Tapi, bagi saya sendiri, buku teks lebih bagus penerangannya. Lebih jelas. Sesuai gituuuu.
My favourite books. Huhu.
---------------------
Nak ingat formula bagaimana?
1. Hafal
2. Hafaz
3. ......
Haha, apa lagi kalau bukan buat latihan. Setakat hafal, apa nak jadi. Hafal tu hafal jugak. Tapi, lebih baik buat latihan banyak. Bukan semua formula disediakan dalam peperiksaan. Walaupun formula itu telah ada sekalipun, apa salahnya kalau anda ingat. Tak gitu? Pepatah Arab ada berbunyi, " Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah, awan tanpa hujan ". Kita duk main hafal terus, tapi latihannya takde. Macam mana? Apa yang akan terjadi? Pastinya kita tak tahu bila masa yang sesuai untuk gunakan formula itu.
Ilmu - Teori .. Amal - Praktikal. Teori + Praktikal = Walla ! Ini baru betul. Hafal + Latihan, insyaAllah menjadi. Terpulanglah, nak hafal ke apa ke. Yang penting, tahu bila nak guna formula dan tahu formula mana yang kena guna.
---------------------
Macam mana nak conquer semua tajuk?
Hurmm, susah juga ni. Tapi, kalau mengikut pemerhatian saya, soalan Addmath keluar style sama je tiap-tiap tahun. Sebagai contohnya, Bahagian C. Pilih la dua tajuk yang paling kita boleh skor. Bagi saya, tajuk Penyelesaian Segitiga dan Gerakan lebih mudah. Tapi, kalau nak jawab tajuk Gerakan sepanjang Garis Lurus, kemahiran kalkulus perlu ada. Jadi, lebih baik jawab Pemprogramman Linear. Ah, pilih sahaja sendiri. Dua sahaja dah cukup.
Bagi bahagian B, fokus kepada tajuk Hukum Linear, Sukatan Membulat dan Taburan Kebarangkalian. InsyaAllah, dapat skor.
Tapi, kalau betul-betul nak tawan semua tajuk, perlukan pengorbanan. Pengorbanan masa la paling banyak diperlukan. Tiap-tiap hari, fokus satu tajuk. Ambil masa seminggu. Buat satu target. Satu minggu, satu topik ! Aha ! Style masing-masing. Yang pasti, satu minggu satu topik bukan style saya. Haha.
Playing with Algebra.
-----------------------
Banyak lagi alternatif lain. Style sendiri kan? Orang lain tak dapat ubah diri kita selagi kita tak nak ubah diri sendiri. Sebab itu, buat apa-apapun, kena mula dengan diri sendiri dulu. Fokuskan satu target. Nak A+ ke, nak B+ atau mana-mana grade lah. Terpulanglah.
Usaha, Ikhtiar -- Tawakkal kepada Allah Taala. Insya-Allah, berjaya :) Kalau tak berjaya, itu tandanya Allah nak uji kita percaya kepada Dia atau tidak. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita.
No comments:
Post a Comment
Ada pertanyaan? Ada simbol-simbol tertentu yang diperlukan? Jangan risau, cuba lihat di bahagian 'gadget' simbol yang telah saya sediakan.
Saya akan jawab soalan anda selagi boleh :)