Keadaan Punca bagi Persamaan Kuadratik
Assalamualaikum .. Subtopik ini merupakan subtopik terakhir bagi bab 2 Tingkatan 4. Subtopik ini mengupas tentang keadaan bagi punca bagi satu-satu persamaan kuadratik. Dalam bab pengenalan, saya telah menulis bahawa, Al-Khwarizmi mengatakan bahawa nilai pembezalayan mestilah positif. Tapi, itu dulu. Dan sekarang telah berubah. Tapi, sayangnya, tajuk itu tidak termasuk dalam sukatan. Kalau ingin tahu, sila tanya Pak Cik Google, taip sahaja nombor khayalan atau dalam bahasa Inggerisnya ialah imaginary numbers . Ok, berbalik kepada tajuk asal. b 2 − 4 ac dinamakan pembezalayan atau discriminant bagi mana-mana persamaan kuadratik. Terdapat 3 keadaan bagi pembezalayan ini. Jom kita layan~ 1. Keadaan yang mana nilai pembezalayan lebih besar daripada 0. Punca bagi persamaan kuadratik ini ada 2, dan kedua-duanya berbeza. Puncanya juga nyata. 2. Keadaan yang mana nilai pembezalayan sama dengan 0. K...