Posts

SPM Qs #1 : Geometric Progressions

Image
Assalamualaikum ..  Saya bercadang untuk datangkan contoh berdasarkan soalan-soalan SPM. Mungkin lebih baik. Lebih menepati standard (Y). Haha.  Bagi post  kali ini, saya ingin memaparkan soalan daripada subtopik Geometric Progressions .  SPM 2008 : Ingat kembali rumus. Melalui rumus, kita dapat mengetahui maklumat/info/perkara apakah yang patut kita kumpul. Ada satu lagi cara. Cuba cari? Haaa. Kaitkan setiap satu hubungan tersebut. Insya-Allah, dapat cara alternatif satu lagi. Kalau Janjang Geometri/ Geometric Progressions , kita nak dapatkan nilai yang seterusnya, kita perlu darab. Jika terbalikkan proses darab, tentunya jadi bahagi. Bukahkah begitu? Saya akan kenalkan satu segitiga untuk anda semua. Ok, tak faham? Macam mana nak guna? Haa,, mudah sahaja.  Jika kita ingin mencari D , maka tutup huruf D . Yang tinggal hanya huruf B dan r , B dan r bersebelahan. Maka, kita perlu darab jika B berada di tep...

Dear Math ..

Image
Diberi AB = 3 cm , BC = 4 cm . Cari x . Pernah rasa putus asa tak nak mencari nilai uknowns ? Bersabarlah, nak cari ilmu kan? Nak buat apa-apapun kena ada sabar. Nak telaah ilmu, kesabaran kena tinggi. Kelmarin, saya ada post  tajuk-tajuk Matematik dan Matematik Tambahan yang telah saya pelajari. Sesungguhnya, aku merindui saat-saat itu. Nak masuk kelas, mengaji giler giler macam dulu. Tiap-tiap hari buat latihan Matematik. Semasa baru melangkah masuk Form 4, almaklumlah awal tahun. Minggu pertama tu memang tak belajar. So , saya cuba untuk ambil masa belek-belek buku AddMaths . Tambahan pula, dalam bahasa Melayu. Wah! Lagi mudah nak faham. Tajuk first ? Fungsi laaa, apa lagi. Penuh dengan anak panah. Dalam kepala, banyak dah soalan berlegar-legar. Ini apa? Itu apa? Ish! Hidup penuh dengan soalan. Rasa nak putus asa pun ada. Haha. Tapi, Allah masih bagi kekuatan. Try  juga jawab soalan. Kalau dapat jawapan tu, rasa macam ... Oh! Gembiranya! Selepas minggu pertama...

Luas Sektor bagi Sebuah Bulatan

Image
Assalamualaikum ..  Maaf kerana agak lama tidak meng update  blog. Agak sibuk belakangan ini. Tak apa, tak apa, kita teruskan kepada subtopik yang seterusnya dalam Bab 8 : Sukatan Membulat.  Luas bagi segi tiga, ada rumusnya. Untuk mencari luas trapezium, ada caranya. Nak cari luas bulatan, ada kaedahnya. Haa, sama la juga untuk mencari luas bagi sebuah sektor bulatan.  Jom lihat gambar rajah!  Untuk mencari luas bagi sebuah sektor,  rumus tersebut digunakan. Ada syaratnya. Haa, syaratnya ialah  θ  (theta) mestilah dalam unit radian. Tidak dapat tidak, mesti dalam unit radian, bukannya darjah. Jom kita lihat contoh ..  Soalan mudah dahulu ...  Perkara pertama - Perlu tahu, rumus mana patut digunakan.  Kedua - Kumpul maklumat yang telah diberi. Rujuk kepada rumus. Rumus kata nak nilai theta, maka kena cari nilai theta. Rumus kata nak nilai jejari, jadi .. kena cari nilai jejari lah.  Nak conto...

Perentas dan Segmen

Image
Assalamualaikum ..  Saya nak review  memori semasa belajar Matematik Tingkatan 2. Cikgu saya tu memang garang kalau dalam kelas, perghhh! Memang tiap-tiap tahun budak-budak Form  2 akan takut. Haha. Saya tak ingat dia namakan stail dia denda orang tu nama apa. Kalau tak salah, tambah ... tolak .. dan apa entah, saya dah lupa. Haha.  Bukan apa, saya cuma ingin mengajak anda ingat kembali tajuk-tajuk Matematik semasa Tingkatan 2. Bab 10 : Bulatan ( Circle ). Tajuk ini dimulakan dengan Properties of A Circle . Dalam subtopik ni, banyak istilah baru yang kita kenal. Saya tulis dalam bahasa Melayu ya? Istilah-istilah Inggeris nanti saya tulis di penghujung post. Antara istilah yang kita tahu ialah ukur lilit, diameter, jejari, perentas, segmen, sektor, major, minor dan lain-lain. Dan kita juga diperkenalkan dengan simbol pi  = 22/7 atau 3.142. Ok, subtopik kali ini, saya cuma ingin sentuh tentang perentas dan segmen sahaja. Jom kenali mereka. Tak kenal, ma...

Bab 8 : Sukatan Membulat

Image
Assalamualaikum ..  Sukatan Membulat atau dalam Inggerisnya Circular Measure  merupakan bab kelapan bagi matapelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4. Tajuk ini merupakan tajuk famous  dan selalu keluar dalam bahagian B Kertas 2. Bagi Kertas 1 pula, kebiasaannya satu soalan akan ditanya. Setakat tahun 2005 - 2012, hanya satu soalan ditanya dalam Kertas 1, tak pernah lebih dan tak pernah kurang.  Subtopik bagi bab ini ada 3. Bagi saya, tajuk ini lebih realistik dan berpijak atas bumi jika dibandingkan dengan tajuk Bulatan yang kita pelajari dalam subjek Matematik. Kenapa? Saya mengatakan sebegitu rupa kerana pelajar yang mempelajari bab ini akan menggunakan unit radian bukannya darjah. Radian yang paling kita kenali ialah pi  (dibaca 'pai'). Satu pi  bersamaan dengan 180 darjah.  Untuk lebih mengenali apa itu pi , sila terjah laman Wikipedia . Saya betul-betul menyukai laman Wikipedia. Pelbagai maklumat dan ilmu yang dapat kita peroleh ji...

#2 : Functions

Image
Assalamualaikum, Yesterday, my junior in Form 3 asked me a question about Add Math - Functions. Wow! She is full with spirit. She already learnt Chapter 1. Haha, actually, I encouraged her to do so. I'm sorry, my English is so bad. Haha. Apa salahnya mencuba bukan?  And her question sounded like this :  First of all, we need to know in what group is fg ( x ). The function  fg ( x ) is in Composite Functions. The question asks us to find f ( x ), while the function g ( x ) is already given. When either one of functions is given, next what we need to know is in which case it included. Refer to my post, Composite Functions , there are two cases.  1. When we want to find the inside function 2. When we want to find the outside function In this question,  f ( x ) is the outside function. Then, we need to let  g ( x ) =  y, and express  x in the term of y .  So, can you find the answer? Try to find it, and check it with my a...

#1 : Fungsi

Image
Assalamualaikum,  Pagi tadi, ada seorang hamba Allah Taala telah bertanyakan saya tentang soalan Add Math. Disebabkan berkesempatan, dan kebetulan saya telahpun membuka Microsoft Word 2007 , saya terus menjawab soalan beliau.  Soalannya :  Dan jalan penyelesaiannya ialah :  Gunakan teknik perbandingan apabila mendapat dua nilai yang sama. Ada dua cara untuk menjawab soalan ini. Cara pertama ialah cara yang saya tunjuk ini. Cara kedua ialah menjadi fungsi songsang kembali kepada fungsi asal. Jawapan yang diperoleh adalah sama.  Waallahua'alam .. Jika ada soalan lagi, boleh tanya. :) Insya-Allah, akan dijawab. Dan untuk tajuk seterusnya, saya akan kupas tentang tajuk Hukum Linear atau Linear Law . Esok tak tahu lah, rumah saya naik air. Hehe.