Posts

Pilih-Atur dan Gabungan

Image
Assalamualaikum ..    Satu tajuk yang begitu famous dalam Kertas 1 kerana dia wajib datang. Dan sesungguhnya, pelajar wajib menjawabnya.  Make it in a simpler way ..  Permutations iaitu Pilihatur ialah satu proses yang mana melibatkan pemilihan objek untuk MENYUSUN semula dalam tatatertib yang berbeza.  Combinations iaitu Gabungan ialah satu proses yang mana melibatkan pemilihan objek juga tapi tujuannya untuk MENGGABUNGKAN objek tadi dalam beberapa kumpulan.  Kesimpulannya, Permutations mementingkan susunan manakala Combinations tidak ambil kisah dengan susunan. Ikut suka hati jee. Haha.  Contoh lain kali eah~ Tak sempat la pulak. Asal faham, ok la tuu. Reti beza, reti guna.  Peace !!  Good Luck AddMath SPM 2013! A few weeks to go .. Ganbatte!

Persamaan Indeks dan Logaritma

Image
Assalamualaikum .. Adakah Indeks dan Log mempunyai persamaan? Bukan begitu maksud 'persamaan' pada tajuk kita kali. Tapi, maksud persamaan ialah dua ungkapan dihubungkan dengan tanda sama dengan ( = ). Gitu dongg.  Contoh ungkapan : x  + 4, 6, y - 7. Ini dipanggil ungkapan. Jika persamaan pula : x  + 4 = 5. Ini baru dipanggil satu persamaan.  Ok, soalan persamaan Indeks dan Logaritma merupakan soalan yang agak femes dalam kertas 1 Matematik Tambahan SPM. Pernah satu tahun, soalan log muncul dalam Kertas 2 - 2011.  Apa yang diperlukan seorang pelajar semasa mengendalikan masalah penyelesaian persamaan ini ialah : 1. Kemahiran pemfaktoran 2. Mahir dengan hukum indeks/logaritma 3. Mahir menukarkan dari indeks kepada log dan sebaliknya.  4. Penukaran asas bagi logaritma. Kemahiran pemfaktoran biasanya diperlukan semasa menjawab soalan persamaan indeks. Kita teruskan kepada contoh :  Berikut merupakan langkah-langkah ...

Revision : Contoh untuk Fungsi Gubahan

Image
Assalamualaikum ..  Berjumpa lagi kita pada segmen seterusnya. Contoh bagi soalan ini di-update atas permintaan uknown yang telah komen di post Fungsi Gubahan . Beliau inginkan contoh dalam bentuk pecahan. Pecahan sekolah rendah memang mudah, tapi apabila melibatkan algebra, menjadi agak susah bukan? Nevermind, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  Jika fungsi 'di dalam' dalam bentuk biasa :  Contoh soalan :  Ingat kembali langkah-langkah yang perlu dilakukan. Apabila mencari fungsi 'di luar', maka teknik penggantian perlu diaplikasikan. Gantikan x dalam fungsi gubahan! Apabila dapat jawapan, gantikan y dengan x semula. Apabila dalam kurungan y , maka sebutan fungsi juga dalam sebutan y . Jika dalam kurungan x , maka sebutannya juga dalam sebutan x . Contoh yang lagi kompleks, bagi kes kedua-dua fungsi asal dalam bentuk pecahan :  Langkah sama sepe...

Indeks dan Logaritma

Image
Assalamualaikum ..  Sekian lama tidak meng- update blog. Buzy , buzy sungguh. Exam semakin mendatang. Tidak sampai sebulan lagi. Ok, lupakan kisah ini. Teruskan dengan kisah cinta antara Indeks dan Logaritma yang terjalin sejak sekian lama setelah John Napier mengasaskan Logaritma.  Indeks pada pemahaman umum : Mendarabkan nombor atau algebra yang sama banyak banyak banyak kali. Kalau sekali pun dah jadi. Hehe.  Sebarang nombor atau algebra yang sama jika didarabkan, boleh ditulis dalam bentuk tatatanda indeks. It looks something like this ... Jen jen jen ..  Nota : Makhluk-makhluk yang berwarna merah itu dipanggil indeks . Nombor 4 didarabkan dengan nombor 4 sebanyak lima kali, maka tatatanda indeksnya ialah 4^5 (4 kuasa 5). 4 , b , dan ( m  + n ) dikenali sebagai asas. Sudah faham mungkin ...? Bagus.  Indeks juga boleh menjadi suatu pecahan. Ia dinamakan sebagai Indeks Pecahan. Nilai pengangka (sebelah atas) akan menja...

Ada Style? Layannn !

Image
Assalamualaikum ..   Bertemu lagi kita pada waktu yang tidak sama, dan hari yang berlainan. Saya menulis, anda membaca. Kira bertemu atau tidak? Dunia sudah moden, bak iklan Nokia, " Connecting People ". Facebook pula, ada tagline dia? Ah, aku tak tahu. Lupakan. Kalau rasa dunia sudah maju, jadi gunakanlah platform yang sedia ada itu sebaik mungkin. Sebarkan dakwah, sampaikan ilmu, kongsi ( share ) maklumat .. Tapi, pastikan betul. Kalau salah? Oh, minta maaflah. Harap-harap, orang lain open minded .   Post kali ini, saya tak nak sentuh sangat tentang sukatan Matematik Tambahan, tetapi saya ingin berkongsi sedikit. Kongsi bagaimana caranya untuk study  AddMath. Almaklumlah, AddMath ni susah, sangat payah. Lain terus dengan Matematik Moden. Oh ! Tak apalah, perspektif manusia berbeza.  Tapi, kalau kita fikirkan susah, maka ---- susahlah kita nak dapat. Ingat balik pepatah Melayu, " hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Adnan Sempit pu...

Cosine Rule

Image
Assalamualaikum ..  Oh, sekian lama tidak mengupdate blog. Lama sungguh. Agak sibuk kebelakangan ini. Program banyak. Banyak sangat-sangat. Ah, lupakan tentang saya. Kita fokus tajuk kita, Petua Kosinus atau Cosine Rule .  Recall tajuk Sine Rule . Untuk menggunakan Petua Sinus, beberapa kriteria perlu dipenuhi.  1. Dua sisi dan satu sudut bukan kandung diberi, 2. Dua sudut dan satu sisi diberi.  Bagi petua Kosinus, lain syaratnya. Macam nak masuk Universiti lah. Nak masuk U1 kena penuhkan syarat ini ini, nak masuk U2 kena penuhkan syarat itu itu. Haa, Matematik pun sama. Nak guna satu-satu formula, syarat itu perlu dipenuhi terlebih dahulu.  Syarat menggunakan petua Kosinus :  1. Dua sisi dan satu sudut kandung diberi, 2. Ketiga-tiga sisi diberi.  Bagaimana rupanya sudut kandung? Ini dia ...  Garisan biru merupakan garisan yang diberi nilai panjangnya. Garisan merah pula tidak diketahui nilainya. Sudut hitam m...

Jangan .. Jangan ..

Image
Jangan kau jangan .. Berasa megah dengan ilmumu .. Jangan kau jangan .. Berasa bangga dengan kebijakanmu .. Jangan kau jangan .. Berasa ujub dengan kehebatanmu .. Jangan kau jangan .. Sesekali kau jangan .. Pernahkah kau terfikir .. Apakah ilmu itu milikmu? Pernahkah terdetik di hatimu .. Apakah kebijakan itu kepunyaanmu? Pernahkah kau renung .. Apakah hebatmu itu kamu kuasai? Jangan kau jangan ..  Jangan tanam jiwa yang rosak .. Jangan kau jangan ..  Jangan semai akhlak yang hodoh ..  Agar suatu hari nanti ..  Dapat kau tuai buah pekerti yang manis ..  Supaya kamu ..  Dapat merasai kelazatan tanamanmu ..  p/s : Ilmu itu milik Allah Taala. Sekuat manapun kita cari, gali, korek ilmu, tetap ia milik Allah Taala. Justeru, jangan pernah kita berasa megah dengan ilmu kita yang cetek ini. Bila-bila masa Allah mampu tarik kembali ilmu yang telah dipinjamkan olehNya. Bayangkan dirimu tanpa ilmu. Bagaikan ...