Assalamualaikum ..
Tajuk ini mempunyai persamaan dengan bab 11 Matematik Tingkatan 3. Tajuknya persis! Kembar mungkin. Haha. Sebelum mulakan tajuk ini, jom kita curi dengar perbualan antara seorang ibu dan anaknya.
Pagi itu, begitu indah. Burung berkicauan, awan berarak di bawah langit biru. Matahari tersenyum riang. Sungguh cerah. Muhammad, seorang pelajar cemerlang di sekolahnya, kelihatan sedang berehat di anjung rumah. Dek kebosanan, dia bangkit dari kerusi malas dan terus menuju ke dapur. Dia perasan, ibunya seperti sedang kebingungan sedikit.
Muhammad : Ibu, ibu kenapa ni? Macam ada masalah je?
Ibu : Macam tu lah Muhammad ooi. Kelmarin, ibu dapat tempahan untuk menjahit baju. Almaklumlah, ibu kamu ni kan penjahit pro. Haha. Pro la sangat.
Muhammad : Haha, buat lawak pulak ibu ni. Habis tu, apa yang ibu peningkan?
Ibu : Pelanggan ibu ni, dia bagi kain kat ibu. Tapi, dia tak bagitau panjang dan lebar kain ni. Dia cuma cakap, jumlah panjang dan lebar kain ni 500 cm. Luasnya pulak, dia kata 144 m. Panjang sangat lah, tak larat mak nak kira panjang dan lebar dia. Haishh~
Muhammad : Oh! Ini mudah jer ibu. Informasi dah lengkap. Nanti Muhammad tolong ibu yer. Muhammad belajar benda ni kat sekolah ni.
Ibu : Ye? Baguslah. Untung ibu hantar pergi sekolah. Sayang Muhammad.
Muhammad : Sayang ibu juga. Ok, disebabkan kita tak tahu panjang dan lebar dia, kita buat panjang jadi y dan lebar jadi x. Ini kita panggil unknown.
Ibu : Oh, teruskan. Ibu tak faham apa-apa. Haha.
Ibu : Oh, teruskan. Ibu tak faham apa-apa. Haha.
Muhammad : Haha. Ok, ibu. Ok, tadi ibu kata jumlah panjang dan lebar ialah 500 cm kan? Maka, x + y + x + y = 500 . Lepas tu, ibu kata, luas dia 144 m kan? Kita tukar jadi cm. Jadi, 144 m = 14 400 cm. Luas kain tu sama dengan xy = 14 400. Nanti Muhammad buat lakaran dulu. Baru ibu nampak. Hehe.
Muhammad : Ok, ibu. Sekarang kita dah ada dua maklumat ni. Sekarang Muhammad akan buat jalan pengiraan ye? Sebentar jer ni.
Muhammad : Tadaaaa! Dah siap dah ibu! Panjangnya 160 cm, lebarnya 90 cm. Hebatkan anak ibu? Haha.
Ibu : Wah, hebatnya anak ibu. Bangga ibu. Terima kasih, Muhammad. Kamu memang anak yang baik.
Tamat sudah cerita antara seorang ibu dan anak. Menarik bukan? Matematik diaplikasikan dalam kehidupan. Itulah gunanya Persamaan Serentak ini. Jika maklumat yang ada cukup lengkap, maka jalan kerja dapat dilakukan.
Semasa di Tingkatan 3, kita belajar dua kaedah.
1. Penghapusan - Elimination
2. Penggantian - Substitution
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa, anda hanya boleh menggunakan kaedah penggantian. Saya masih belum pernah menjumpai soalan yang boleh digunakan dengan kaedah penghapusan. Jadi, mahirkan diri anda. Yes!
Jom saya tunjuk contoh yang paling kerap ditanya dalam peperiksaan. Soalan ini merupakan soalan wajib bagi kertas 2. Soalan mula-mula sekali. Jika soalan memberikan syarat sama ada inginkan jawapan dalam bentuk angka bererti atau perpuluhan, maka teruskan guna kaedah penyempurnaan kuasa dua atau penggunaan rumus. Jika soalan tidak memberikan syarat ini, sila gunakan kaedah pemfaktoran. Lebih mudah dan menjimatkan masa.
Saya ambil soalan SPM 2010.
Ok, itu untuk penggunaan rumus. Ingat! Jangan lupa tanda ±. Ini penting. Selepas dapat nilai bagi salah satu anu, gantikannya untuk dapatkan nilai bagi satu lagi.
Seterusnya, bagi yang ingin menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua.
Ok, jawapan yang diperoleh, sama sahaja. Dalam tajuk ini, ada 2 subtopik. Saya sudah kupaskan subtopik 4.2 dalam dialog di atas. Subtopik 4.2 berkaitan dengan pengaplikasian persamaan serentak dalam kehidupan seharian. Setakat hari ini, soalan yang saya pernah jawab, tak pernah lagi masuk dalam exam soalan sebegitu rupa. Haha.
Walau apapun, mahirkan diri anda setiap subtopik yang ada. Jangan rugikannya. Siapa tahu, nanti-nanti ibu bapa kita minta tolong, kita dapat tolong. Siap dapat pahala lagi! Insya-Allah. Gunakan ilmu ke arah yang baik yaa semua :)
Habis sudah 4 bab untuk Tingkatan 4. Tajuk Indeks dan Logaritma saya akan tinggalkan dahulu. Saya akan bagi ruang kepada 5 bab tingkatan 5 kerana sudah hampir awal tahun. Huhu.
ini cerita banyak best maa...
ReplyDeleteHaha, aplikasikan ilmu Matematik dengan kehidupan seharian. Ini siapa ya?
ReplyDeletebagi saya Subtopik 4.2 perlukan betul2 penelitian..sy pon kurang skit mengenai Subtopik 4.2..
ReplyDeleteHasnul : Ye, saya setuju. Maklumat perlu dikumpul dengan tepat dan lengkap. Jika tidak cukup, persamaan serentak tidak dapat dilakukan :)
ReplyDeleteAssalamualaikum admin..nombor 14400 dlm pembentukan am pd jalan kiraan muhammad tidak perlu tukar jadi negatif?
ReplyDeletenombor 14400 dalam pengiraan Muhammad tak ditukar sebab unit y kuasa dua dan 160y tu yang dah berubah simbol.
ReplyDeleteSimbol tk ditukar sbb kan y kuasa dua tu negatif nak bagi jadi positif kena la tukar semua simbol, atau kira pindh ke kanan so 14400 negatif jadi positif, y kuasa dua jadi positif 250y jadi negatif.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePenukaran unit tu salah. kira balik sebab luas sepatutnya Meter persegi (m2)
ReplyDeleteSoalan ni cmne nk jawab ... :(
ReplyDelete-->2x+3y=4/x+6/y=10
👍👍👍 cuma ada sikit x faham yg first² tu
ReplyDeleteuntuk tahun 2018 dan ke atas, soalan sebegini akan muncul dan pelajar akan didedahkan dengan sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Kebanyakan soalan akan dikaitkan dengan pelbagai situasi kehidupan bagi menggalakkan pelajar utk berfikir secara kritis dan kreatif. Itulah sistem pembelajaran STEM yg diwar2kan akan digunakan dlm sistem pendidikan kita akan dtg. Kesian kat pelajar. Slalu jawab math direct question, tpi nti kena paham citer berjela-jela baru blh kluarkan maklumat kehendak soalan. Jadi, para guru kenalah bersedia.
ReplyDeletebagaimana dengan persamaan seretak menggunakan kaedah penghapusan.....tq.
ReplyDelete