Tuesday 11 December 2012

Bicara yang Dibuka

Assalamualaikum .. 

    
       Post yang pertama untuk blog. Insya-Allah, blog ini akan berkongsi tentang Matematik, khususnya Matematik Tambahan SPM. Dari semasa ke semasa, blog ini akan mengemas kini post, memberikan contoh-contoh soalan dan jawapan, dan jika diizinkan Allah Taala, saya juga akan menerima soalan dan menjawab setakat kemampuan saya. 

      Saya sekadar ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Saya bukanlah guru yang rasmi, yang mengajar di sekolah. Cukuplah sekadar meggunakan blog sebagai platform untuk menyampaikan ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada saya. 

      
Pengenalan Bab-bab dalam sukatan Matematik Tambahan SPM :
- Bagi Tingkatan 4, sebanyak 11 tajuk akan dipelajari. Terdiri daripada 9 tajuk teras, 1 tajuk pakej Sains dan Teknologi, dan 1 tajuk pakej Sains Sosial. 
- Bagi Tingkatan 5, sebanyak 12 tajuk akan dikupas bersama. Terdiri daripada 8 tajuk teras, 1 tajuk pakej Sains Teknologi, dan 1 tajuk pakej Sains Sosial.

Tingkatan 4 :
1. Fungsi/Function 
2. Persamaan Kuadratik/Quadratic Equations
3. Fungsi Kuadratik/Quadratic Functions
4. Persamaan Serentak/Simultaneous Equations
5. Indeks dan Logaritma/Indices and Logarithms
6. Koordinat Geometri/Coordinate Geometry
7. Statistik/Statistics
8. Sukatan Membulat/Circular Measure
9. Pembezaan/Differentiation
10. Penyelesaian Segi Tiga/Solutions of Triangles
11. Nombor Indeks/Index Numbers

Tingkatan 5 :
1. Janjang/Progressions
2. Hukum Linear/Linear Law
3. Pengamiran/Intergration
4. Vektor/Vectors
5. Fungsi Trigonometri/Trigonometric Functions
6. Pilihatur dan Gabungan/Permutations and Combinations
7. Kebarangkalian/Probability
8. Taburan Kebarangkalian/Probability Distributions
9. Gerakan pada Garis Lurus/Motion along Straight Lines
10. Pengaturcaraan Linear/Linear Programming

Insya-Allah, jika berkesempatan, semua tajuk akan dikupas di samping contoh-contoh akan diberikan. 
Pesanan saya, jadikan buku teks Matematik Tambahan sebagai peneman anda, teman baik anda, kawan karib anda. Yakinlah, buku teks itu lebih baik daripada buku rujukan dari segi penerangannya. 

No comments:

Post a Comment

Ada pertanyaan? Ada simbol-simbol tertentu yang diperlukan? Jangan risau, cuba lihat di bahagian 'gadget' simbol yang telah saya sediakan.

Saya akan jawab soalan anda selagi boleh :)

Fungsi Gubahan - Mencari Salah Satu Fungsi dalam Fungsi Gubahan

Assalamualaikum.  Topik ini saya dah pernah muat naik 11 tahun yang lalu. Ketika itu, saya masih muda remaja. Belum masuk universiti. Jadi, ...