Thursday 13 December 2012

Fungsi Gubahan - Composite Functions

Assalamualaikum .. 

Jam menunjukkan 9.15 pm. Tarikh hari ini, 13 Disember 2012. Oh! Tentera Malaysia sedang bertarung di Thailand rupanya. Semoga tentera Malaysia mendapat kemenangan. 

Satu soalan ingin saya tanya, bola terus digelecek di atas padang. Pada pendapat anda, apakah hubungan bola itu? Haha. Terdapat 11 pemain bagi satu pihak, kita ambil pahlawan-pahlawan Malaysia kerana kita penduduk Malaysia. Bahagikan 11 kepada 2 kumpulan, mungkin 6 orang - 5 orang. 6 orang bagi set A dan 5 orang bagi set B. Bola itu terus digelecek dan digelecek. Ah, pada pandangan saya, mungkin hubungannya ialah banyak kepada banyak. Adakah ini suatu fungsi? Fikir-fikirkan. 

Berbalik kepada tajuk asal. Subtopik seterusnya ialah Fungsi Gubahan atau Composite Functions. Fungsi gubahan merupakan fungsi yang bergabung. Andaikata, terdapat dua fungsi iaitu fungsi f dan fungsi g, fungsi f memetakan set A kepada set B, dan fungsi g telah memetakan set B kepada set C. Nampaknya, kedua-dua fungsi telah bergabung, daripada f kepada g, maka fungsi ini boleh ditulis fg(x)

Perlu ingat bahawa fg(x) ≠ gf(x). Jika fg(x), maka g(x) merupakan objek bagi bagi f dan begitulah sebaliknya. Bagaimana pula jika ff(x), f^2(x)? Ini bermakna f(x) merupakan fungsi kepada f. Jom kita terus kepada contoh. 

Diberi f(x) = 2x - 1 dan g(x) = 3x + 2. Cari
a) fg(x)
b) gf(x)
c) Nilai x jika fg(x) = 15

Penyelesaian : 
a) fg(x) = f[g(x)]  ..... Pisahkan f daripada g. g(x) bertindak sebagai nilai objek kepada fungsi f.
            = f(3x + 2) .... Gantikan fungsi g
            = 2(3x + 2) - 1 .... 3x + 2 merupakan nilai objek bagi fungsi f. Gantikannya. 
            = 6x + 4 - 1  ...  Kembangkan
            = 6x + 3

b) gf(x) = g[f(x)] ... Pisahkan g daripada f. f(x) bertindak sebagai nilai objek kepada g.
            = g(2x - 1) ... Gantikan fungsi f.
            = 3(2x - 1) + 2 ... 2x - 1 merupakan nilai objek. 
            = 6x - 3 + 2 ... Kembangkan
            = 6x - 1

c)    fg(x) = 15
    6x + 3 = 15   ...  Gantikan fg(x) yang telah diperoleh
          6x = 12
            x = 2

Oh! Mudah bukan. Sama sahaja seperti pelajaran sebelum ini. Gantikan nilai. Mula-mula, pisahkan dahulu. Ini bertujuan supaya kita tahu fungsi yang mana bertindak sebagai objek. Jika nilai x diberi? Yeah, sama sahaja. Hanya gantikan dan pastikan tanda operasi tidak ada yang tersalah. 

Cari nilai bagi gf(2).
gf(x) = 6x - 1
gf(2) = 6(2) - 1
        = 12 - 1
        = 11

Beres! Saya anggap anda semua faham. Jom kita teruskan. Tapi sebelum itu, jam sekarang 9.38 pm. Thailand telah mendahului 2 - 0. Agak tidak adil pengadil malam ini. Saya agak geram. 
Tinggalkan, dan mari teruskan. Haha. 

Mencari fungsi berdasarkan fungsi gubahan yang diberi. 

Kes 1 : Mencari fungsi yang mana fungsi yang berada 'di dalam' atau pada akhir fungsi.
Diberi f(x) = x + 2 dan fungsi gubahan fg(x) = 3x - 2. Cari g(x
    fg(x)   = 3x - 2      ... Tulis dahulu fungsi gubahan
   f[g(x)] = 3x - 2      ...  Pisahkan f daripada g
g(x) + 2 = 3x - 2    ...  Gantikan fungsi f. Fungsi f(x) = x + 2. Gantikan g(x) ke dalam x
       g(x) = 3x - 4    

Kes 2 : Mencari fungsi yang mana fungsi berada 'di luar' atau pada awal fungsi. 

















Bagi Kes 2, fungsi 'di dalam' perlu digantikan dengan mana-mana algebra. Adakah terdapat cara lain? Sila kongsi kerana saya hanya menggunakan cara ini. :)
Jika y berada dalam kurungan, maka fungsi dalam sebutan y. Jika dalam kurungan ialah x, maka fungsi dalam sebutan x dan begitulah sebaliknya. 

Sekian sahaja tajuk Fungsi Gubahan. Semoga anda semua faham. Bagi Malaysia, jangan bersedih atas kekalahan kerana kita kalah disebabkan ***. Hihi. Isu sensitif. Tidak boleh dibicarakan.

26 comments:

  1. Thanks :) this really help me..

    ReplyDelete
  2. at last im understand.
    Cuma masih lagi konfius yg mencari fungsi 'di luar' bagi bentuk pecahan.
    please letak soalan untuk pecahan jugak.
    i need your help...
    btw thank you so much :D

    ReplyDelete
  3. Ok, saya akan updatekan contohnya.

    ReplyDelete
  4. Thanks! dah faham serba sedikit berbanding dgn kefahaman dlam kelas. Really good and helpfull!

    ReplyDelete
  5. Thanks! dah faham serba sedikit berbanding dgn kefahaman dlam kelas. Really good and helpfull!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...syer faham apa yang dia diajar...tetapi syer masih x faham penggunaan klu ad per atau fraction tu!!

    ReplyDelete
  7. Saya sudah faham yg mula mula tu...tp klau ada kuasa mcm mna nk buat...contoh..
    f(x)=2x + 3
    g(x)=2 + 5x kuasa 2...x tu kuasa 2...
    Cari fg dan gf....
    Bagaimana nak selesaikan...
    Apa pun terima kasih banyakkkkkkkk.,...sbb kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  8. Saya tak faham cara penyelesaian bagi kes no 2... ada cara lain tak??

    ReplyDelete
  9. Thanks admin..sangat membantu saya πŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  10. Simple tp mudah utk difahami Thanks alot ..

    ReplyDelete
  11. Saya kurang faham lah . Kan fg(x)= 6x + 3 dan gf(x)= 6x - 1
    Tapi kenapa ye ? Yg fg(x) tu , 2 tu darab dengan 3x je . 1 tu tak darab . Tapi gf(x) tu dia darab sekali dengan 1 tu . Mohon pencerahan . Tq

    ReplyDelete
  12. kepada cikgu math. kenapa perlu mengajar topic ni dan dimana kah kegunaanya didalam dunia ni. kita cuma menghafal kaedah penyelesaian dan kebanyakan murid dan cikgu tak faham kenapa perlu dilakukan. contoh nye bila ditanya ada kaedah lain tak? nampak benor tak paham apa yang di buat. kenapa x nak tukar y. ada ke topic2 lain guna gubahan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi perkara ni masih dianggap sebagai ilmu,sesungguhnya kumpullah sebanyak mana ilmu yang kamu dapat

      Delete
    2. encik kene salahkan kpm...jangan salahkan cikgu di sekolah kerana cikgu ajar apa yang disuruh oleh kpm...harap maklum

      Delete
  13. Thanks saya faham 100%.. ;-)...

    ReplyDelete
  14. Tq...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚'bntu sya dlm add math

    ReplyDelete
  15. Tq...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚'bntu sya dlm add math

    ReplyDelete
  16. terima kasih,ianya sangat membantu

    ReplyDelete
  17. HOW TO DO F:X=X-1,GF:X=2X KUASA 2 -4X-5.CARI FUNGSI G....SOALAN INI TAK TAHU MACAM MANA NAK BUAT...CONFUSE...TOLONG SAYA

    ReplyDelete
  18. @Unknown

    Hi. Sila cari dahulu fungsi songsangan bagi f(x).
    Setelah ikut, berpandukan fungsi gf(x) = 2x^2 - 4x -5, gantikan nilai f songsangan pada tempat x.

    Jawapan akhir ialah g(x) = 2x^2 - 7

    ReplyDelete
  19. Kalo f(2x+3)=3x+1/2x+5...cari f(x)

    ReplyDelete
  20. Kalau soalan mintak h” (1) apa maksudnya

    ReplyDelete

Ada pertanyaan? Ada simbol-simbol tertentu yang diperlukan? Jangan risau, cuba lihat di bahagian 'gadget' simbol yang telah saya sediakan.

Saya akan jawab soalan anda selagi boleh :)

Fungsi Gubahan - Mencari Salah Satu Fungsi dalam Fungsi Gubahan

Assalamualaikum.  Topik ini saya dah pernah muat naik 11 tahun yang lalu. Ketika itu, saya masih muda remaja. Belum masuk universiti. Jadi, ...